Monday, March 8, 2010

Hantu Di Mana-Mana



PUTRAJAYA: Kerajaan akan menguatkuasa Garis Panduan Penapisan Filem yang baru Isnin depan bagi menggantikan garis panduan yang diguna pakai sejak 1993.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam berkata garis panduan itu antara lain mengandungi pernyataan mengenai perkara yang diteliti dalam proses menapis filem oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). 

Ini merangkumi empat aspek iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio-budaya dan ketertiban dan ketatasusilaan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Garis Panduan Penapisan Filem keempat di sini hari ini. 

Beliau berkata garis panduan itu boleh dijadikan panduan kepada penggiat seni perfilemen mengenai perkara-perkara yang harus diberi perhatian dan penilaian kritikal berhubung kandungan sesebuh filem. Menurutnya garis panduan baru itu dipersetujui oleh majoriti pihak yang berkepentingan dalam bidang itu termasuk penerbit filem. - Bernama




Pada pendapat aku insan yang tidak la pandai sangat tentang dunia perfileman ni, kurangkanlah sikit buat filem-filem hantu tu. Sekarang ni semuanya nak "dihantukan" oleh penerbit filem dan menjadi semacam isu semasa lak bila perkara ni diperkatakan oleh imam khutbah Jumaat minggu lepas. Hatta ke congkak yang lama dah orang dok main pun dijadikan citer hantu. Silap-silap mesin basuh pun ada hantu. Huhuhu... 
Kata tok khatib, filem-filem seram ni banyak menonjolkan ajaran khurafat di kalangan masyarakat terutamanya yang beragama Islam. Memang la nak dijadikan pengajaran. Tapi bagaimana lak bila kanak-kanak terpengaruh dan ramai yang dewasa kembali mencari benda-benda tersebut untuk kepentingan diri sendiri. Walaupun benda-benda kurafat dan syirik ini sudah lama dilupakan, namun ianya tidak mustahil kembali subur setelah hebat dipromosikan oleh penerbit-penerbit filem sekarang. Fikir-fikirkanlah.. 





Saturday, March 6, 2010

Bila Orang Rusia Cakap Melayu








Bangga tak  terkata apabila melihat Bahasa Melayu dituturkan oleh orang dari negara lain. Itulah yang aku rasa bila tengok orang Rusia berpidato semalam. Walaupun nak tergelak pun ada tapi rasanya diorang lebih hebat kot sebab berani belajar bahasa asing dan berpidato di pentas antarabangsa lak. Kita berapa ramai yang boleh cakap Rusia dan berpidato macam tu? 

Pidato Antarabangsa  Bahasa  Melayu yang telah berlangsung  pada 2 Februari sehingga 5 Februari 2010 di Kuala Lumpur telah berakhir semalam. Antara negara-negara yang menyertai pertandingan ini ialah Afghanistan, Albania, Amerika Syarikat, Armenia, Australia, Azerbaijan, Bangladesh, Belanda, Belarus, Brunei, Bulgaria, Cameroon, Comoros, Czech, China, Georgia, India, Indonesia, Iran, Iraq, Italy, Jepun, Jerman, Kanada, Kazakhtan, Kemboja, Kyrgyzstan, Korea Selatan, Kosovo, Lithuania, Malaysia, Mesir, Moldova, Nigeria, Palestin, Perancis, Poland, Romania, Rusia, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Thailand, Turki, United Kingdom, Ukrine, Vietnam, dan Yaman. Penyertaan ini membuktikan BAHASA MALAYSIA dipelajari di seluruh dunia. 

Antara tajuk pidato yang dipertandingkan :
1. Membudayakan Inovasi Ke Arah Kecemerlangan Sains dan Teknologi
2. Inovasi Memacu Kemajuan Ekonomi
3. 1Malaysia - Idea Malaysia Untuk Kesejahteraan Dunia
4. Remaja Berwawasan Pemacu Kemajuan Negara
5. Kelestarian Masa Depan Bumi Di Tangan Kami
6. Melestarikan Bumi Untuk Kenikmatan Hidup Hari Esok
7. Agenda Melestarikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Berwibawa
8. Bahasa Menunjukkan Bangsa
9. Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Menerjah Teknologi Angkasa
10. Dinamika Budaya - Malaysia Destinasi Dunia


zaman gemilang: Malu bila orang Melayu sendiri perlekeh bahasa sendiri

Thursday, March 4, 2010

Korang Pikirlah Sendiri!!!





Lu Pikirlah Sendiri Nabil… RM2 juta tu nak kena saman sebab kritik filem sendiri di awal tarikh tayangan filem Lu Pikirlah Sendiri. Memetik muka surat depan akhbar Metro keluaran hari ini (04 March 2010), Nabil dikatakan di saman oleh syarikat penerbitan filem tersebut (SDAF) kerana tidak memberi kerjasama mempromosi filem tersebut dan juga kerana mengkritik filem lakonannya sendiri.

Rasanya baru je si Nabil ni nak jadi jadi artis.  Belum sempat lagi kot dia nak kumpul duit RM2 Juta. Bakal muflis la nampaknya kalau kalah kat mahkamah.

Jadi Nabil eloklah pergi  berunding kalau tak  bakal muflis la macam cina kalah judi . Pergilah menangis melutut pun takpa dari teruskan dengan sifat ego. Menurut Nabil, dia tidak kisah di saman kerana dia yakin dia tidak akan kalah. Katanya, filem tersebut bukannya rugi dari pungutan hasil kutipan. Jadi bagaimana dia harus dikaitkan dengan kisah mengkiritik filem lakonannya sendiri.

Menurut Nabil, dia mengkiritik filem tersebut dari pandangan seorang penonton.
Rasa-rasanya dia ada cakap  yang dia sendiri pun tak  faham dengan jalan cerita Lu Pikirlah Sendiri. Kalau dah pelakon sendiri tak faham dengan cerita yang dilakonkan, apa lagi penonton yang menonton. Aku pun tak teringin nak pi tengok.
Baik beli rokok sekotak dari menonton Lu Pikirlah Sendiri. Biar sakit jantung sebab rokok dari sakit jantung lepas habis menonton wayang. Hahaha….  

zaman gemilang: Sentiasa merendah diri dan bersyukur dengan apa yang ada