Monday, March 8, 2010

Hantu Di Mana-Mana



PUTRAJAYA: Kerajaan akan menguatkuasa Garis Panduan Penapisan Filem yang baru Isnin depan bagi menggantikan garis panduan yang diguna pakai sejak 1993.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam berkata garis panduan itu antara lain mengandungi pernyataan mengenai perkara yang diteliti dalam proses menapis filem oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). 

Ini merangkumi empat aspek iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio-budaya dan ketertiban dan ketatasusilaan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Garis Panduan Penapisan Filem keempat di sini hari ini. 

Beliau berkata garis panduan itu boleh dijadikan panduan kepada penggiat seni perfilemen mengenai perkara-perkara yang harus diberi perhatian dan penilaian kritikal berhubung kandungan sesebuh filem. Menurutnya garis panduan baru itu dipersetujui oleh majoriti pihak yang berkepentingan dalam bidang itu termasuk penerbit filem. - Bernama




Pada pendapat aku insan yang tidak la pandai sangat tentang dunia perfileman ni, kurangkanlah sikit buat filem-filem hantu tu. Sekarang ni semuanya nak "dihantukan" oleh penerbit filem dan menjadi semacam isu semasa lak bila perkara ni diperkatakan oleh imam khutbah Jumaat minggu lepas. Hatta ke congkak yang lama dah orang dok main pun dijadikan citer hantu. Silap-silap mesin basuh pun ada hantu. Huhuhu... 
Kata tok khatib, filem-filem seram ni banyak menonjolkan ajaran khurafat di kalangan masyarakat terutamanya yang beragama Islam. Memang la nak dijadikan pengajaran. Tapi bagaimana lak bila kanak-kanak terpengaruh dan ramai yang dewasa kembali mencari benda-benda tersebut untuk kepentingan diri sendiri. Walaupun benda-benda kurafat dan syirik ini sudah lama dilupakan, namun ianya tidak mustahil kembali subur setelah hebat dipromosikan oleh penerbit-penerbit filem sekarang. Fikir-fikirkanlah.. 





Saturday, March 6, 2010

Bila Orang Rusia Cakap Melayu








Bangga tak  terkata apabila melihat Bahasa Melayu dituturkan oleh orang dari negara lain. Itulah yang aku rasa bila tengok orang Rusia berpidato semalam. Walaupun nak tergelak pun ada tapi rasanya diorang lebih hebat kot sebab berani belajar bahasa asing dan berpidato di pentas antarabangsa lak. Kita berapa ramai yang boleh cakap Rusia dan berpidato macam tu? 

Pidato Antarabangsa  Bahasa  Melayu yang telah berlangsung  pada 2 Februari sehingga 5 Februari 2010 di Kuala Lumpur telah berakhir semalam. Antara negara-negara yang menyertai pertandingan ini ialah Afghanistan, Albania, Amerika Syarikat, Armenia, Australia, Azerbaijan, Bangladesh, Belanda, Belarus, Brunei, Bulgaria, Cameroon, Comoros, Czech, China, Georgia, India, Indonesia, Iran, Iraq, Italy, Jepun, Jerman, Kanada, Kazakhtan, Kemboja, Kyrgyzstan, Korea Selatan, Kosovo, Lithuania, Malaysia, Mesir, Moldova, Nigeria, Palestin, Perancis, Poland, Romania, Rusia, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Thailand, Turki, United Kingdom, Ukrine, Vietnam, dan Yaman. Penyertaan ini membuktikan BAHASA MALAYSIA dipelajari di seluruh dunia. 

Antara tajuk pidato yang dipertandingkan :
1. Membudayakan Inovasi Ke Arah Kecemerlangan Sains dan Teknologi
2. Inovasi Memacu Kemajuan Ekonomi
3. 1Malaysia - Idea Malaysia Untuk Kesejahteraan Dunia
4. Remaja Berwawasan Pemacu Kemajuan Negara
5. Kelestarian Masa Depan Bumi Di Tangan Kami
6. Melestarikan Bumi Untuk Kenikmatan Hidup Hari Esok
7. Agenda Melestarikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Berwibawa
8. Bahasa Menunjukkan Bangsa
9. Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Menerjah Teknologi Angkasa
10. Dinamika Budaya - Malaysia Destinasi Dunia


zaman gemilang: Malu bila orang Melayu sendiri perlekeh bahasa sendiri

Thursday, March 4, 2010

Korang Pikirlah Sendiri!!!





Lu Pikirlah Sendiri Nabil… RM2 juta tu nak kena saman sebab kritik filem sendiri di awal tarikh tayangan filem Lu Pikirlah Sendiri. Memetik muka surat depan akhbar Metro keluaran hari ini (04 March 2010), Nabil dikatakan di saman oleh syarikat penerbitan filem tersebut (SDAF) kerana tidak memberi kerjasama mempromosi filem tersebut dan juga kerana mengkritik filem lakonannya sendiri.

Rasanya baru je si Nabil ni nak jadi jadi artis.  Belum sempat lagi kot dia nak kumpul duit RM2 Juta. Bakal muflis la nampaknya kalau kalah kat mahkamah.

Jadi Nabil eloklah pergi  berunding kalau tak  bakal muflis la macam cina kalah judi . Pergilah menangis melutut pun takpa dari teruskan dengan sifat ego. Menurut Nabil, dia tidak kisah di saman kerana dia yakin dia tidak akan kalah. Katanya, filem tersebut bukannya rugi dari pungutan hasil kutipan. Jadi bagaimana dia harus dikaitkan dengan kisah mengkiritik filem lakonannya sendiri.

Menurut Nabil, dia mengkiritik filem tersebut dari pandangan seorang penonton.
Rasa-rasanya dia ada cakap  yang dia sendiri pun tak  faham dengan jalan cerita Lu Pikirlah Sendiri. Kalau dah pelakon sendiri tak faham dengan cerita yang dilakonkan, apa lagi penonton yang menonton. Aku pun tak teringin nak pi tengok.
Baik beli rokok sekotak dari menonton Lu Pikirlah Sendiri. Biar sakit jantung sebab rokok dari sakit jantung lepas habis menonton wayang. Hahaha….  

zaman gemilang: Sentiasa merendah diri dan bersyukur dengan apa yang ada

Wednesday, March 3, 2010

PEMUDA ANGKAT TAYAR, PEMUDI TUNJUK PEHA





Salam semua… Pagi-pagi macam ni aku dapat idea lak nak menulis. Bukan apa aku terbaca dalam kertas balut roti canai ni tentang kerosakan akhlak dan gejala mat-mat rempit di negara kita sekarang. Tapi paper lama la.


Dulu isu mat rempit ni kira isu semasa la. Hangat dibincangkan sampai ke dalam Parlimen. Muka depan akhbar pun hari-hari tunjuk. Sekarang semua dah berubah. Bagi aku perubahan macam ni amat memberangsangkan. Bermakna kempen kerajaan untuk membendung dan membanteras mat rempit ni berkesan jugak la. Memang la masih ada lagi mat-mat rempit ni. Tapi kat bandaraya Alor Setar ni macam dah kurang sikit la. Tempat korang aku tak tau la macam mana.




Namun ibarat jatuh bertimpa-timpa. Kadar pembuangan bayi pulak yang makin meningkat. Ada yang paling kejam sampai sanggup membakar bayi. Termenung sejenak bila memikirkan pasal ni. Meremang bulu roma. Macam mana la mak budak tu boleh lena malam-malam lepas buat macam tu. Astagfirullahalazim… Nak buang bayi pun jangan la sampai bakar budak tu. Kejam.. Kejam..

Kerajaan sekarang dah banyak habiskan duit untuk membina dan membiayai rumah-rumah perlindungan pada orang pompuan yang “terniaya” ni. Diorang boleh pegi situ. Ada jugak orang yang jaga kebajikan. Sesetengah tu kesian jugak kat diorang ni. Bukan salah diorang pun. Ada yang kena rogol ngan boyafren sampai mengandung pastu dibuang keluarga. Inilah akibatnya kalau pemudi tunjuk peha, pemuda “tegak” saja. 


zaman gemilang: Takut dosa-dosa lama tak terampun…

Tuesday, March 2, 2010

Wanita, Iklan & ...




Hari minggu yang lalu aku luangkan masa jalan-jalan dengan kawan-kawan. Sambil dok bincang pasal isu-isu semasa kawan aku cakap dia ada nampak iklan Avira Antivirus guna model nurse buat iklan. Aku rasa tertarik sebab memang banyak iklan yang gunakan wanita sebagai model. Nak pulak yang seksi-seksi.. Fuhhh… 




Apa sekalipun bukan part seksi tu yang nak aku fokuskan. Aku cuma pelik jugak sebab sampai ke tahap antivirus pun gunakan wanita sbg model buat iklan. Kalau iklan kereta ke, iklan motor ke rasanya dah memang biasa la kita tgk. Iklan Nescafe dengan Kopi Cap Songkok pn ada model wanita. Padahal orang pompuan ni x ramai yg suka minum kopi pun. Hatta iklan tayar pun kdg2 ada jugak guna model wanita.



Iklan sekarang kat papan-papan iklan kat tepi-tepi jalan tu pun ikut negeri. Kalau kat Alor Setar  ni boleh la tgk Farah Fauzana pakai tudung  buat iklan Nescafe. Pastu siap tulis jawi lagi. Biasala negeri-negeri di bawah lindungan bulan.

Aku terfikir jugak mengapa nak jugak digunakan model pompuan ni kan tambah-tambah lagi iklan kereta ngan moto. Orang pompuan ni bukan pandai sangat pun nak menilai kereta tu. Diorang tau naik je. Minyak enjin pun xtau benda apa kalau orang x cakap. Yang dia tau isi minyak ngan bawak je. Tu pun nak keta auto, yang manual x reti. Mintak maaf ye orang-orang pompuan. Dah kenyataan.. Hehehe…

Mengikut pendapat kawan aku sorang ni, dia kata orang pompuan ni salah satu keindahan alam. Sebab tu patut diletakkan sebagai gambar buat hiasan. Jiwang dia ni. Sorang lagi cakap orang pompuan ni pandang kereta besar je. Keta-keta tempatan x pandang. Sebab tu xdak model pompuan buat iklan untuk Pro Dua dengan Proton. Padahal diorang xtau kadang2 orang yang bawak keta besar ni berhutang keliling pinggang + boya darat. Bukan semua pompuan mcm tu kan.. Jahat dia ni. Bagi aku lak, kalau iklan ni, guna la pompuan cantik macam mana pun kalau barangan x berkualiti, x laku jugak. Buat sedap mata memandang je. Model tu saja je dah keja dia. Dia pun nak cari makan jugak bro.

Sesetengah orang cakap iklan mcm ni mengeksploitasi orang pompuan. Jadikan sebagai daya penarik kat situ. Kalau letak model laki-laki pun boleh jugak kan. Korang  pulak rasa mcm mana? Apapun jangan sampai ada yang eksiden lak sebab tgk pompuan kat papan iklan tu. Hehehe..






Monday, March 1, 2010

1 MALAYSIA

1 Malaysia 1 matlamat, 1 impian. Inilah yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri kita DatSeri Najib Tun Razak. Perakara ini menjadi satu isu semasa yang telah diketahui umum hatta kanak-kanak pun melaungkan slogan 1 Malaysia.


Pada asasnya sepertimana yang kita ketahui, 1 Malaysia adalah program kerajaan  untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sememangnya kaum-kaum di negara kita pada hari ini pada dasarnya bersatu padu dan bekerjasama untuk menjaga keamanan dan membangunkan negara ini.

Namun hakikat yang sebenarnya, kita hanya tidak bergaduh sesama kaum dan menjalankan kehidupan masing-masing dalam dunia masing-masing. Memang ada interaksi sesama kaum dalam kehidupan harian. Tetapi adakah kita benar-benar dapat bersahabat baik dengan pelbagai kaum di negara ini sepertimana yang ditunjukkan di dalam iklan-iklan?

Inilah yang cuba dibentuk oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional sekarang. Bukan sahaja untuk membentuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum, malahan supaya dapat menjalin persahabatan dan berkekakalan keamanan yang dikecapi sekarang.

Program seumpama ini adalah baik tetapi kadangkala menimbulkan prejudis, prasangka dan persoalan. Adakah ada kemungkinan hak-hak eksklusif bumiputra akan turut sama dikongsi oleh masyarakat bukan bumiputra suatu masa nanti? Fikir-fikirkanlah..

Saturday, February 27, 2010

Semalam Yang Hangat



Semalam yang hangat… Aku teringat tajuk lagu kumpulan Wings kot x salah aku (kalau salah mintak maaf). Semalam aku x boleh tido sebab panas dalam bilik aku. Last-last aku tido kat ruang tamu. Sejuk sikit. Sekarang ni cuaca agak panas terutamanya di negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Mungkin sebab dekat dengan Siam kot. Kawasan yang paling panas di Malaysia pula dicatat di Chuping, Perlis. Bagi yang xtau, Chuping tu tempat orang tanam tebu buat gula. Bukan menanam tebu di bibir. Hehehe... Kan dah melalut.

Suhu yang paling panas pernah dicatatkan di Chuping ialah 40 darjah celcius. Panas tu!!!! Jadi kerajaan pun dah sarankan macam-macam dalam paper, tv, ridiu (radio la tu) suruh minum air banyak-banyak dan kurangkan aktiviti luar terutamanya di tengah hari. Tapi bagi mat despatch x pun abang-abang posmen tu x dapat la nak nolong. Memang kena keja. Kaya la orang yang jual jus jambu sepanjang jalan tu. Tapi aku rasakan ada hikmahnya jugak cuaca panas camni. Sekurangnya korang kurang sikit pegi dating sebab nak jalan2 nek moto mau pedih kulit. Nak pegi air terjun lak air dah kering. Kurang la sikit maksiat kan.. kan… kan…

Sunday, February 21, 2010

UNIVERSITI KEHIDUPAN

Saban tahun, ribuan graduan yang menamatkan pelajaran daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun daripada Institut Pengajian Tingi Swasta (IPTS). Itu tidak termasuk graduan yang menuntut di luar negara.  Negara kita patut berbangga dengan kelahiran ramai graduan daripada universiti yang mempunyai tahap pendidikan dan pengetahuan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa pada masa hadapan, negara Malaysia yang tercinta ini akan ditadbir dan diterajui oleh ramai golongan cerdik-pandai yang berijazah, mempunyai sarjana bahkan doktor falsafah. Hal ini berbeza keadaannya pada masa sekarang di mana terdapat di kalangan golongan yang bergelar Yang Berhormat atau menteri sekalipun ada yang tahap pendidikan mereka tidak setinggi itu. Persoalannya disini, adakah mampu golongan graduan pada masa sekarang menghadapi arus perubahan daripada kehidupan di universiti kepada kehidupan di dunia sebenar?

Kehidupan sebenar penuh cabaran dan dugaan. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh para graduan sekarang ialah masalah pengangguran. Semasa majlis konvokesyen di universiti, ibu-bapa mengalirkan air mata gembira melihat anak kesayangan mereka menamatkan pengajian dan mendapat segulung ijazah yang dirasakan sangat bermakna. Pastinya dengan adanya ijazah akan lebih mencerahkan peluanag untuk mendapat pekerjaan yang baik dan menjanjikan hidup yang sempurna pada masa hadapan. Begitu jugalah yang sering dikatakan oleh guru-guru semasa di sekolah. Seolah-olah ijazah sebagai jaminan untuk mendapatkan kerja. Sang anak mulai masuk ke pasaran kerja. Hari yang berlalu berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun tetapi masih tidak ada pekerjaan yang sesuai. Pujian yang dulunya tinggi melangit diganti dengan tohmahan jiran-jiran dan leteran si ibu kerana masih tidak mempunyai pekerjaan. Niat si anak hendak mencari pekerjaan di Kuala Lumpur ditentang sehabisnya kerana dikatakan berisiko dan jauh dari keluarga. Akhirnya si anak terpaksa bekerja di pasaraya- pasaraya ataupun di syarikat-syarikat swasta dengan imbuhan gaji yang tidak seberapa dan banyak pula beban kerjanya.  SELAMAT DATANG KE DUNIA SEBENAR!!!

“Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga”. Peribahasa ini dirasakan sudah sebati dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Jika dilihat dari segi perspektif dan tafsiran penulis, peribahasa ini diungkapkan sebagai sekiranya kita ingin membuat sesuatu pekerjaan, kita mestilah melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan dari segi teknikal dan pengalaman. Bukan hanya dari segi teori dan pengetahuan. Mungkin terdapat pelbagai lagi tafsiran yang boleh dibuat, namun apa yang ingin ditegaskan di sini ialah pengalaman ataupun mengalami sesuatu itu sendiri adalah lebih penting daripada sekadar mengetahui atau pernah mempelajari. Atas dasar inilah pihak IPTA mahupun IPTS mensyaratkan latihan industri ataupun praktikal sebagai wajib untuk menamatkan pengajian. Ini adalah untuk menambah pengalaman graduan yang hanya disogokkan dengan teori di universiti untuk mengaplikasikannya di dalam kehidupan sebenar.

Pada masa kini, segulung ijazah kelas pertama sahaja tidak cukup untuk menjamin kehidupan yang selesa dan mempunyai pekerjaan yang baik. Para graduan haruslah dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran tertentu ataupun nilai tambah dalam diri  masing-masing. Janganlah dirasakan masa-masa menganggur sebagai bebanan dan memberi tekanan kepada diri sendiri. Sebaliknya gunalah peluang tersebut untuk meneroka potensi diri dan untuk mempelajari ilmu-ilmu baru yang tidak pernah di ajar di universiti. Sebagai contoh, para graduan dapat mempelajari teknik-teknik fotografi, cuba mengarang artikel, menerokai perniagaan internet ataupun menyertai pertubuhan-pertubuhan belia. Kemungkinan besar perkara yang anda rasakan sia-sia ini bakal menjadi karier ataupun membolehkan anda mendapat pekerjaan suatu hari nanti. Janganlah dirasakan diri anda tidak berharga dan tidak bermakna ijazah yang anda ada sekiranya tidak mempunyai kerja. Sebaliknya anggaplah tuhan memberikan peluang kepada anda untuk lebih mengenali diri dan mencipta peluang yang lebih baik. Ingatlah bahawa anda telah lama bersusah-payah belajar sepanjang hidup anda dan setiap usaha pasti ada ganjarannya kerana tuhan itu maha adil.

Para pelajar di bangku sekolah dan ibu-bapa sememangnya mengharapkan anak-anak mereka dapat menyambung pelajaran di universiti agar mendapat pekerjaan yang baik. Fahaman inilah yang mesti diubah kerana universiti bukanlah tempat yang menjanjikan pekerjaan dan kehidupan yang sempurna kepada penuntutnya. Universiti adalah tempat untuk para penuntutnya mengembangkan potensi diri, mempelajari perkara baru dan meningkatkan tahap pemikiran agar segala ilmu yang dipelajari bukan sahaja dapat digunakan untuk mencari kerja, bahkan dapat digunakan untuk mencipta kerjaya dan meneroka bidang yang baru, tidak semestinya terikat kepada bidang pengajian semasa di universiti. Inilah yang seharusnya difahami oleh para graduan, bakal graduan dan masyarakat.

Thursday, February 18, 2010

The Carnival


   Cuti Tahun Baru Cina yang menjelang baru-baru ini kami merancang untuk berkhemah di Sedim, sebuah kawasan rekreasi arus deras yang terkenal di negeri Kedah. Setelah segala perancangan disusun dengan rapi, akhirnya semuanya musnah dimulakan dengan Adam yang tidak dapat turut serta setelah dia yang beria-ria mempromosikan "Sedim Valentine" di dalam Facebook. Kemalangan parah ini tidak terhenti begitu sahaja apabila Nashriq ingin menyertai keluarganya pergi merisik. Akhirnya kami memutuskan untuk menangguhkan perkhemahan ini ke tarikh yang akan ditentukan.

   Setelah berhempas-pulas memikirkan aktiviti yang lain untuk memenuhi masa cuti yang terluang, saya akhinya mencadangkan The Carnival yang terletak di Sg. Petani. Perjalanan dari Alor Setar mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di sana dek kesesakan kenderaan di lebuhraya. Setibanya di The Carnival, RM 25 dibayar sebagi bayaran masuk. Setelah masing-masing diberikan "jam pekak" oleh penyambut tetamu, kami melangkah masuk. Berbaloikah RM 25 ringgit? Pertanyaan pertama yang terdetik di hati saya apabila terik mentari mula membakar kulit saya yang sudah terserlah "keputihannya".

   Pintu masuk yang dihiasi air pancut menambat hati saya untuk lebih mengetahui apa yang terdapat di sebalik pintu gerbang utama. "Street of Happening" yang tertulis di salah satu papan tanda cukup untuk memberikan tanggapan pertama yang baik tentang keadaan di dalam taman tema ini.

   Apabila kami melangkah masuk ke dalam taman tema ini, kami tersentak dengan kehadiran ramai orang yang sedang galak bermandi-manda walaupun cuaca pada ketika itu panas terik. Namun segala perasaan tersebut hilang begitu sahaja apabila saya mula masuk ke salah sebuah kolam yang mengelilingi taman tersebut. Perjalanan ala-ala santai di atas pelampung yang dibawa oleh ombak membuatkan saya tidak menghiraukan lagi panas mentari yang membakar. Pali dan Nashriq yang mulanya agak kecewa dengan keadaan yang terlalu sesak akhirnya akur dengan kehebatan "gelongsor biru" yang akan menggentarkan jiwa raga sesiapa sahaja yang baru kali pertama mencubanya.

   Banyak lagi permainan-permainan  mencabar yang disulami dengan aktiviti-aktiviti yang menarik di satu-satunya taman tema seumpama ini di negeri Kedah. Walaupun tidak setanding dengan taman tema yang lain, namun ianya berbaloi untuk dilawati. Secara keseluruhannya, bayaran yang dikenakan dirasakan berbaloi dengan pengalaman yang diperolehi. Pergilah melancong...


Album Gambar>>>>

Sunday, February 14, 2010

Pulau Sayak Episode 1




   Tanggal 1 Januari 2010 saya bersama rakan-rakan merasmikan tahun baru dengan berkhemah di Pulau Sayak. Mengikut perancangan awal, tempat perkehemahan adalah di Sungai Batu, Pulau Pinang. Namun perancangan awal terpaksa dibatalkkan atas sebab-sebab keselamatan. Persediaan separa rapi dibuat untuk camping suka-suka pada musim cuti. Namun bekalan makan yang kami bawa bukan calang-calang. Dua ekor siakap "Giant" serta seekor ayam pencen menjadi maincourse kami untuk sesi perkhemahan ini. Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar, kami menyusuri jalan raya menuju ke destinasi bajet tersebut.

Setibanya di sana, kami memasang khemah dan bersedia untuk terjun ke laut. Pantainya tidaklah secantik mana namun cukup untuk membuang keringat dan menyejukkan badan. Terjunan penuh gaya akhirnya mengundang padah apabila kaki saya menghentam banjaran baru karang yang tersembunyi di dalam air. Mujurlah tiada kecederaan serius. Apabila sang mentari mula melabuhkan tirainya, dan remang senja mulai kelihatan, kami meredah perkampungan berdekatan meminta ihsan untuk menumpang mandi kerana di campsite tidak ada bekalan air tawar. Permintaan kami disambut penuh senyuman oleh makcik restoran berdekatan yang sedang sibuk menyiram pokok cilinya. Pujian tinggi melangit kepada masyarakat di kampung nelayan Pulau Sayak.

Malam pun menjelang tiba. Saya melaungkan azan menandakan waktu Maghrib telah tiba. Syahdu rasanya hati melaungkan kalimat memuji Ilahi sewaktu itu. Dengan desiran ombak menghempas pantai menambah lagi rasa kagum akan kebesaran yang maha esa. Selepas solat, maka cabaran sebenar pun bermula. Lampu ayam Giant mula dipasang dan merupakan satu-satunya sumber pencahayaan yang kami ada selain lampu suluh dan lampu jalan. Aktiviti memasak nasi dimulakan oleh Pali selaku tukang masak dan dibantu oleh Amin dan Nashriq yang juga merupakan ajk kantin. Apabila semuanya nampak seakan-akan berjalan lancar, bencana pun bermula.

Permulaannya dirasmikan oleh total mulfunction lampu ayam yang hanya "hangat-hangat taik ayam". Nyalaan tak sampai sejam mengundang sumpah seranah daripada saya. Mujurlah pengalaman lebih dari seratus jam masa bercamping mengajar saya untuk mencari alternatif lain. Tugas mencari kayu api diserahkan kepada saya. Namun sebatang kayu mati pn tidak ditemui kerana pokok-pokok disana semuanya segar dan bugar yang menyukarkannya untuk dimamah api. Kayu hanyut yang berusia puluhan tahun yang ditemui tetap tegar untuk menyala walaupun hampir setengah botol minyak petrol 4 liter disimbah. Maka akhirnya kami hanya menggunakan lampu picit sebagai alternatif lain. Alhamdulillah dengan berkat susah payah dan kesabaran tahap 7 petala langit, kami berjaya juga menyiapkan makan malam, nasi putih dan siakap bakar yang dilantak tanpa banyak soal. Ketika asyik bersantap, hujan mulai turun...

Hujan renyai-renyai yang tidak berapa lama turun melegakan hati kami. Kami mengambil tempat di tepi pantai menghayati keindahan malam ditamani nyamuk dan semut merah yang bagaikan menggila apabila sarangnya dipijiak. Angin malam yang sepatutnya bertiup kencang tiba-tiba menghilang. Suasana panas dan terpakasa berperang dengan semut dan nyamuk membuatkan kami hilang selera untuk meneruskan aktiviti lepak pantai. Masing-masing memasang azam dan niat untuk tidak lagi datang ke sini. Hampir pukul 4 pagi barulah saya boleh melelapkan mata.

Pagi yang menjelang dirasakan kenikmatan yang tidak terhingga. Sosej potong, telur hancur dan roti kosong telah menanti saya di pintu khemah Coleman yang telah banyak berjasa. Bersama sebotol sos cili dan lada sulah menjadi penambah perisa sarapan yang ala kadar itu. Setelah berkemas, kami bergerak ke Lata Bayu untuk destinasi bajet seterusnya.




Lost World of Lata Bayu


Perjalanan dari Pulau Sayak ke Lata Bayu mengambil masa kira-kira sejam setengah. Kenangan pahit yang dilalui di Pulau Sayak menjadi bahan ketawa sepanjang perjalanan. Ternyata kenangan sebegitu menjadi kenangan dan menambah pengalaman bagi kami.

Setibanya kami di Lata Bayu, segala penat-lelah dirasakan hilang. Keindahan floranya yang menghijau seolah memberi kami semangat baru. Badan yang letih dirasakan segar semula. Lata Bayu terkenal dengan keindahan dan kesejukan air terjunnya yang bersih dan tidak tercemar. Landskapnya yang kaya dengan kehijauan tumbuhan semulajadi serta kebersihan kawasan rekreasi ini yang dijaga dengan rapi turut menambah lagi daya tarikannya. 


     Pali memulakan majlis perasmian dengan terjun tiruk dikuti dengan saya yang hanya melakukan dayungan sisi. Destinasi kami ialah air terjun yang laju mengalir dari atas jeram. Amin yang pada mulanya malu-malu kucing untuk turun ke air menjadi aktif apabila melihat kami berenang dengan jayanya menuju ke air terjun tersebut. Nashriq yang sedang galak melakukan aksi-aksi daripada laut dalam juga membangkitkan semangat ingin tahunya. Segala kenangan di Pulau Sayak dilupakan buat sementara waktu sementara kami memuaskan nafsu melayani gelodak air terjun di Lata Bayu.

Lata Bayu adalah salah sebuah pusat rekreasi di daerah Baling. Kawasan ini lengkap dengan kemudahan seperti dewan, tandas, surau dan medan makan menjadikannya sesuai untuk rekreasi sekeluarga. Bagi anda yang sukakan aktiviti perkhemahan, kawasan ini menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan. Pengunjung boleh memilih mana-mana tempat yang dirasakan sesuai. Tetapi awas!! Lamunan anda mungkin terhenti dek suara kanak-kanak yang berlegar di sekitar campsite anda. :p




Album Gambar>>>